Oh! Artis
Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Terkejut, Macam Tak Percaya Dah Bercerai
Sebelum ini Ohmedia berkongsi ucapan terima kasih daripada Bella Astillah buat Puteri Sarah yang memberikannya kata-kata semangat selepas bercerai.
Puteri Sarah dalam satu temu bual bersama mStar pula berkata, sahabatnya Bella masih belum boleh menerima kenyataan sudah berpisah dengan Aliff Aziz.
Masa hari raya haji tempoh hari, saya memang jumpa Bella untuk beri sokongan dekat dia. Saya tahu Bella pun masih dalam fasa terkejut.
Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tetapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang.
Emosi Bella Astillah terganggu mengenangkan nasib dua orang anak yang masih kecil…
Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab saya dah terlalu lama move on.
Tapi apa yang buat dia paling sedih adalah memikirkan tentang anak-anak dialah.
Bukan mudah nak biasakan diri selepas berpisah dengan seseorang yang sudah lama kita hidup susah dan senang bersama. Semoga Bella dan Sarah terus bersemangat untuk besarkan anak-anak.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM