Trending
“Bukan Pilihan Peribadi” – Anwar Ibrahim Perjelas Isu Letak Bunga Di Makam Ataturk
Anwar Ibrahim jelaskan isu kalungan bunga di makam Ataturk adalah protokol rasmi lawatan Turkiye, bukan pilihan peribadi atau ideologi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk adalah protokol rasmi yang wajib dipatuhi oleh semua ketua negara semasa lawatan rasmi ke negara itu.
Menurut laporan Harian Metro, PMX berkata yang upacara berkenaan bukan pilihan peribadi atau cerminan ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya sebahagian daripada keperluan diplomatik yang telah lama diamalkan kerajaan Turkiye.
Semua ketua negara yang mengadakan kunjungan rasmi dikehendaki melakukan upacara tersebut. Setuju atau tidak, itulah rangkaian program rasmi yang telah ditetapkan.
Semua Perdana Menteri Malaysia pernah lalui protokol sama

Anwar turut menjelaskan bahawa amalan itu tidak berubah walau siapa pun mentadbir Turkiye, dan telah dilalui oleh semua Perdana Menteri Malaysia yang pernah membuat lawatan rasmi sebelum ini
Kerajaan mana pun yang memerintah di Turkiye, itulah perintahnya. Semua Perdana Menteri Malaysia yang datang secara rasmi sebelum ini, sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak, turut melalui upacara sama.
Anwar Ibrahim minta fahami Ataturk dalam konteks sejarah Turkiye

Perdana Menteri berkata, penghormatan tersebut perlu dilihat dari sudut sejarah perjuangan rakyat Turkiye, khususnya peranan Mustafa Kemal memimpin penentangan terhadap percubaan kuasa Bersekutu selepas Perang Dunia Pertama untuk memecah-belahkan wilayah Empayar Uthmaniyyah.
Namun, Anwar tidak menafikan beliau mempunyai pandangan peribadi tersendiri.
Tentunya, saya juga ada pendapat peribadi yang kuat, kerana tatkala dia memimpin dan menguasai, ada beberapa keputusan yang saya rasa tak serasi dengan pandangan saya, tentang Islam, pertukaran bahasa, tulisan dan sebagainya.
Tetapi itu tidak boleh memadamkan sumbangan, peranan dan sikap rakyat Turkiye tentang seorang tokoh besar yang berjaya membebaskan negara mereka daripada percubaan meleburkan dan menjadikannya sebahagian daripada wilayah di bawah penjajah Eropah.
Sehubungan itu, Anwar menasihati orang ramai supaya tidak membuat penilaian tergesa-gesa, sebaliknya memahami konteks sejarah dan amalan diplomatik antarabangsa yang menjadi kebiasaan dalam hubungan antara negara.
Pssttt! Sebelum membuat kesimpulan, fahami dulu konteks sejarah dan diplomasi. Dalam hubungan antarabangsa, protokol rasmi bukan soal setuju atau tidak, tetapi soal menghormati negara tuan rumah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM