Trending
Budak Perempuan Tak Hilang Tapi Rupanya Tersilap Turun Lif Ketika Pulang Mengaji
Tular di media sosial hebahan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa hilang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Terbaru, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan kanak-kanak itu telah ditemui dalam keadaan selamat pada hari yang sama.
Jelasnya, kanak-kanak tersebut tidak hilang tetapi tersilap menggunakan lif kediaman tersebut ketika pulang daripada mengaji.

Dilaporkan kanak-kanak tersebut sampai ke tingkat paling bawah dan tidak dapat naik semula ke rumahnya.
Dia dijumpai pada hari yang sama kira-kira jam 10 malam oleh ahli keluarga yang tinggal berdekatan rumah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM