Connect with us

Oh! Media

Trending

Anggota Tentera Selamat Dijumpai Di Sebuah Restoran Setelah 41 Hari Menghilang

Baru-baru ini seorang anggota tentera telah dijumpai setelah 41 hari menghilang sejak 24 Jun lalu.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Muhammad Fakrullah Nazri yang berusia 21 tahun telah dijumpai di sebuah restoran di Semerbok, Negeri Sembilan.

IKLAN

Bapanya, Nazri Abd Rahim berkata, Fakrullah yang juga merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu telah dijumpai oleh abang sulungnya dalam keadaan yang tidak terurus.

Abangnya, Muhamad Aikal telah menjumpai Fakrullah kira-kira pada jam 7 malam.

Fakrullah mengambil langkah untuk tidur di hotel bajet dan makan di kedai sewaktu dia menghilangkan diri.

Alhamdulillah ketika ditemui, Fakrullah yang dalam keadaan tidak terurus terkejut sebelum menangis sambil mendakwa dia cuba untuk pulang ke rumah namun terasa ‘berat’.

Kami sekeluarga tidak pasti apakah puncanya namun bersyukur dan terus memaklumkan kepada pegawainya di Kem Terendak sebelum mereka datang mengambilnya untuk tindakan lanjut.

Nazri berkata dia juga tidak tahu punca anaknya berkelakuan begitu kerana setahunya, Fakrullah tidak mempunyai masalah dalam hubungan keluarga, teman wanita mahupun rakan-rakan.

Cuma malam tadi dia maklumkan hatinya terasa ‘berat’ untuk pulang ke rumah yang mungkin ada kaitan dengan kejadian mistik menimpanya ketika bertugas di pintu sempadan negara di Thailand pada September tahun lalu menyebabkan sikapnya pelik sejak itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Fakrullah seharusnya melaporkan diri di kem pada 24 Jun lepas, namun dia tidak melakukannya.

Jap!


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas