Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Teraniaya Kerana KKM, Satu Keluarga Positif Covid-19 Selepas..

Trending

Wanita Dakwa Teraniaya Kerana KKM, Satu Keluarga Positif Covid-19 Selepas..

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa dia dan anak dijangkiti virus Covid-19 daripada suami akibat kekhilafan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ADVERTISEMENT

Dakwanya, KKM telah memaklumkan keputusan ujian RTK-Antigen suami adalah negatif sedangkan suaminya pada ketika itu positif jangkitan.

Susulan daripada itu, suaminya juga telah diarahkan pulang menyebabkan dia dan anak terdedah kepada jangkitan semasa tempoh kuarantin di rumah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, dua lelaki dengan nama yang sama dipercayai menjadi punca kekeliruan berlaku. Di dalam surat aduan yang ditulis Azra kepada KKM, dia memaklumkan suaminya ditahan di hospital selepas disyaki menghidap barah selain masalah kesihatan lain iaitu diabetes, darah tinggi dan masalah jantung.

Katanya, suami dipercayai dijangkiti Covid-19 semasa ditahan di hospital selepas seorang pesakit di wad sama disahkan positif.

Kredit: Azra Ghaz , Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas