Connect with us

Oh! Media

Suami Pinjam Duit Isteri RM120k Kantoi Guna Untuk Kahwin Baru

Ohmedia kahwin baru

Trending

Suami Pinjam Duit Isteri RM120k Kantoi Guna Untuk Kahwin Baru

Memang selalu terjadi kes di mana suami telah berkahwin baru secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi, siapa sangka yang ada lelaki yang berani pinjam duit isteri pertama untuk kahwin baru?

Kejadian yang berlaku di Abu Dhabi itu dilaporkan Gulf News apabila seorang wanita telah mendakwa suaminya telah meminjam duit sebanyak SR120,000 (RM129,462) bagi melunaskan hutangnya. Namun sebaliknya berlaku bila suaminya telah merancang untuk berkahwin satu lagi.

Media tempatan, Al Watan pula menyatakan isterinya telah mengambil tindakan undang-undang. Sebelum itu, suaminya mendakwa dia diancam buang kerja dan menggunakan wang yang dipinjam dari isteri untuk membayar hutang. Tak mengaku pula tu!

IKLAN

Tapi semua ni tak tahan lama bila lelaki tu mengaku kesalahannya di hadapan isterinya dan bertindak untuk tidak mahu pulangkan semula wang yang telah dipinjam. Wah, banyak cantik…

Disebabkan itu, isterinya ambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas suaminya. Korang kalau ada niat nak kahwin lagi satu, janganlah hina sangat macam ni. Bawalah berbincang dan minta izin baik-baik. Yang penting guna duit sendiri!

Kredit: Gulf News

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas