Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Ini Terkilan Abang Tergamak ‘Buang’ Bapa Sakit Strok Tingkat Bawah Rumah

20230330 145136 0000

Oh! Tidak

(Video) Wanita Ini Terkilan Abang Tergamak ‘Buang’ Bapa Sakit Strok Tingkat Bawah Rumah

Dalam hidup ini, ibu bapa selalunya akan bergantung kehidupan mereka pada anak-anak ketika mereka tua nanti. Namun, kejadian kali ini mempunyai jalan cerita yang berlainan.

BACA: 4 Beradik Maut Rumah Terbakar Ketika Ibu Keluar Cari Juadah Berbuka

Terbaru, satu video tular di TikTok mengenai seorang wanita terkejut melihat bapanya terkontang-kanting di tingkat bawah kediamannya akibat ditinggalkan oleh adik-beradiknya yang lain.

IKLAN

Sanggup buang bapa

Wanita yang dikenali sebagai Anita itu hanya menyedari kehadiran bapanya selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan kediamannya.

Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk pintu rumah aku bagitahu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam. 2 lelaki (abang) cakap anak perempuan dia turun ambil.

Menurut Anita, dirinya terkejut dan terkilan dengan kelakuan adik beradik yang lain seolah-olah ‘membuang’ bapa mereka dengan cara begitu.

Ayah strok, tak boleh jalan, pakai lampin pakai buang, kau buang ayah macam ni je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik, letak ayah baik-baik kat rumah aku, bukan campak macam ni.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan adik beradiknya yang lain. Malah, ada juga mendoakan Anita mendapat ganjaran pahala kerana menjaga bapanya.

Bapa
Bapa

Ya Allah, semoga urusan Anita dapat dipermudahkan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas