Connect with us

Oh! Media

4 Beradik Maut Rumah Terbakar Ketika Ibu Keluar Cari Juadah Berbuka

Oh! Tidak

4 Beradik Maut Rumah Terbakar Ketika Ibu Keluar Cari Juadah Berbuka

Semalam negara kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati tentang 4 beradik maut dalam satu kebakaran di Muar, Johor.

ADVERTISEMENT

BACA: Bas Ekspres Terbakar Di Plaza Tol, 44 Penumpang Berjaya Selamatkan Diri

Mangsa yang terlibat merupakan kanak-kanak berusia lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Keluar cari juadah

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman memaklumkan ibu bapa bagi mangsa berkenaan tiada di rumah ketika kejadian. Difahamkan ibu mangsa keluar mencari juadah berbuka manakala bapa mangsa sedang bekerja di sebuah restoran.

Maklumat awal daripada ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.

Ketua polis itu berkata keempat mayat adik beradik berikut dijumpai di tandas dipercayai gagal menjumpai jalan keluar ketika kebakaran berlaku. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan, namun pihak bomba mempercayai kejadian berlaku disebabkan lintar pintas.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas