Connect with us

Oh! Media

Ustaz Tegur Pihak Produksi Tidak Sensitif, Poster Filem ‘Sijjin’ Guna Ayat Suci Al-Quran

filem

Oh! Tidak

Ustaz Tegur Pihak Produksi Tidak Sensitif, Poster Filem ‘Sijjin’ Guna Ayat Suci Al-Quran

Baru-baru ini, tular sebuah poster filem seram Indonesia, Sijjin yang didakwa telah menggunakan ayat Al-Quran dan tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

ADVERTISEMENT

Pada poster tersebut, kelihatan seorang wanita yang tidak bertudung sedang dirasuk dan diselubungi oleh kain hitam yang tertulis beberapa baris ayat Al-Quran serta dikelilingi oleh beberapa buah Al-Quran juga.

filem

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang pendakwah iaitu Ustaz Muhammad Fauzi tampil menegur pihak produksi dan pawagam tempatan yang bertanggungjawab dalam pengedaran filem berkenaan.

https://www.tiktok.com/@seluruh_alam/video/7316532771751562504

Poster itu ada gambar orang tengah kena rasuk. Kemudian dia diselubungi dengan kain dan dekat kain itu dengan jelas ada tulis ayat Al-Quran walaupun tidak ditulis dengan sempurna.

Saya tertanya-tanya juga bagaimana pihak pawagam menguruskan poster-poster tersebut. Macam mana mereka menyelesaikan sebab itu adalah ayat Al-Quran yang sebenarnya tidak boleh ditulis pada poster tersebut. Melainkan poster itu untuk program-program keagamaan maka bolehlah.

Tapi kalau ada orang bergambar dengan poster itu, tidak menutup aurat dan sebagainya..ia adalah satu perkara yang sangat pelik bagi kita.

Malah, Ustaz Muhammad Fauzi turut menyoal tentang gimik promosi filem Sijjin yang melibatkan beberapa orang individu memakai telekung putih pada hari tayangan perdana dipercayai dengan tujuan untuk menakut-nakutkan penonton.

filem

Saya tak tahu apa manfaat buat macam tu, apa mesej yang nak disampaikan? Yang saya tahu orang solat pakai telekung. Adakah orang pakai telekung ini adalah hantu? Pelik-pelik sekarang ni.

Bukan itu sahaja, tindakan berkenaan boleh menimbulkan perspektif negatif dan salah faham penggunaan telekung yang sepatutnya untuk perkara mulia.

Jangan jadikan kebiasaan, nanti orang tengok yang memakai telekung ini hantu. Mesej yang nak disampaikan adalah orang yang solat dan pakai telekung adalah hantu, hantu suka pakai telekung macam ini.

Jangan tengoklah cerita-cerita macam tu. Hantu-hantu ini jangan diundanglah.

Dalam pada itu, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengarahkan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem seram tersebut untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

BACA: Fizz Fairuz Minta PU Syed Jangan Haramkan Filemnya Kalau Belum Tengok

Terdahulu, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil dengan kenyataan filem Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz adalah haram ditonton.

Kredit: TikTok l Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Lain kali jangan berjanji dan bagi harapan dekat orang kalau niat baik sekali pun OhTrending AisarKhaledd

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • filem
  • filem

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas