Connect with us

Oh! Media

Fizz Fairuz Minta PU Syed Jangan Haramkan Filemnya Kalau Belum Tengok

fizz fairuz

Oh! Artis

Fizz Fairuz Minta PU Syed Jangan Haramkan Filemnya Kalau Belum Tengok

Filem Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz akan memulakan tayangannya 3 Ogos 2023. Walaupun filem ini baru jer nak mula tayangan esok, Pencetus Ummah (PU) Syed sudahpun tampil mengatakan filem ini haram ditonton.

ADVERTISEMENT

BACA: “Takyah La Beria Sangat, Masing-Masing Nak Tunjuk Hebat” – Fizz Fairuz Sedih Dengan Nasib Anak Seni

Ini kerana, berlaku perkara dilarang dalam Islam dalam filem berkenaan di mana lelaki berpakaian menyerupai wanita.

Fizz Fairuz yang sedar tentang teguran itu kemudian meminta PU Syed untuk tidak cepat menjatuhkan hukum sebaliknya lihat dan nilai dahulu keseluruhan yang ingin disampaikan dalam filem berkenaan.

Saya tidak boleh menafikan teguran yang PU Syed buat sebab dia menjalankan tanggungjawab dengan Allah. Dia perlu menegur tapi sekiranya saya tak terima, tanggungjawab sudah lepas.

Saya terima dengan baik tapi bagi saya sebelum nak beri pendapat, jangan haramkan filem saya. Tapi tonton dulu kemudian baru nilai.

Kata Fizz Fairuz lagi, dia masih tahu tentang hukum hakam agama walaupun bergelar anak seni. Apapun, dia tetap menerima apa sahaja teguran dari peminat dan akan tetap menerima dengan hati terbuka walaupun ia menyentuh emosi.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Bagi keyboard warriors tu elok-elok sikit bahasa tu. Ni bukan dugaan pada dia je tapi bagi kita semua juga.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas