Oh! Tidak
Beri Alasan Bincang Skrip Di Rumah, Pelakon Wanita Dakwa Diperkosa Pengarah Filem Terkenal
Pengarah filem India Shakeel Noorani ditahan polis selepas 40 hari menyorok.
Cubaan seorang pengarah filem melarikan diri daripada tindakan undang-undang atas jenayah rogol tumpas apabila dia akhirnya diberkas.
Memetik laporan Sinar Harian, suspek berusia 73 tahun itu ditangkap di sebuah lokasi terpencil selepas hampir satu setengah bulan bersembunyi.
Kes di India, umpan bincang skrip sebelum beri minuman
Difahamkan, kejadian ini berlaku di Medha, daerah Satara, India melibatkan pengarah filem bernama Shakeel Noorani.
Shakeel Noorani merupakan nama yang tidak asing dalam industri filem Bollywood dan pernah mengarahkan beberapa karya popular seperti Vishnu Devaa (1991), Shreeman Aashique (1993), Bade Dilwala (1999) serta Joru Ka Ghulam (2000).
#ShakeelNoorani, Joru Ka Ghulam director, held over actress’ sexual assault allegations; sent to police custody till August 12https://t.co/hbNpazGR8k
— News9 (@News9Tweets) August 9, 2026
Kisah duka yang menimpa seorang pelakon wanita ini dikatakan bermula empat tahun lalu apabila suspek menjemputnya ke kediaman di Malwani bagi membincangkan projek filem baharu.
Namun, pertemuan profesional itu bertukar menjadi tragedi apabila mangsa mendakwa minumannya telah diletakkan bahan terlarang sehingga pengsan sebelum diperkosa.
Sebaik mangsa sedar, suspek didakwa mula menunjukkan rakaman video tidak senonoh berkenaan menerusi telefon bimbitnya dan mengugut untuk menyebarkannya jika kes itu dilaporkan kepada polis atau keluarga.

Ancaman video berkenaan terus dijadikan senjata oleh suspek untuk memaksa mangsa melakukan hubungan intim secara berulang kali. Malah, mangsa turut mendakwa dipaksa mengambil ubat-ubatan sehingga mengakibatkan dirinya mengalami keguguran.
Kes ini kini disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang ketat melibatkan Seksyen 64(2)(M) Kanun Keseksaan Bharatiya (BNS) bagi kesalahan rogol, Seksyen 123 (mencederakan guna racun), Seksyen 351(2) (ugutan jenayah) dan Seksyen 88 (menyebabkan keguguran).
Pihak pembelaan menerusi peguam Noorani, Vikas Singh Goar bagaimanapun tampil menolak dakwaan tersebut dan menegaskan anak guamnya telah difitnah.

