Connect with us

Oh! Media

Universiti Malaya Buat Laporan Polis, Nafi Tuduhan Curi Kajian Pelajar, Dakwa Calon PhD Yang Bermasalah

universiti malaya

Trending

Universiti Malaya Buat Laporan Polis, Nafi Tuduhan Curi Kajian Pelajar, Dakwa Calon PhD Yang Bermasalah

Semalam Ohmedia ada kongsikan satu video di mana seorang pelajar pascasiswazah antarabangsa telah mendakwa pihak Universiti Malaya mencuri hasil penyelidikannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sengaja Buat Pelajar Tertekan Dan Tarik Diri”- Universiti Malaya Dituduh Curi Kajian Pelajar PhD

Abbod Ali Mohammed Saeed, 34 tahun merupakan calon PhD UM dari Yaman dan telah membuat laporan polis serta akuan bersumpah ke atas dua penyelianya yang didakwa mencuri usahanya selama ini.

Susulan itu, pihak UM telah membuat satu laporan polis bagi menafikan dakwaan pelajar yang dikenali sebgai Abbod Ali Mohammed Saeed. Lapor, Astro Awani.

Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

Malah, UM memaklumkan pihak universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak 3 semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.

Bagaimanapun, calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi.

Menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Zamir Mohyedin memaklumkan pelajar PhD atau Master perlu mangambil maklum bahawa jika melakukan projek, hasil projek akan jadi hakmilik Universiti, lebih-lebih lagi jika projek itu ditaja.

Kredit tentulah kena diberikan kepada pelajar juga. Cuma isu pelajar UM ini bukan isu kredit tetapi isu hakmilik.

Jelasnya lagi, jika projek tidak ditaja sekalipun, pelajar masih mendapat akses percuma kepada fasiliti, bengkel, kolokium, seminar di Universiti. Jadi ada kewajaran projek itu menjadi hakmilik Universiti.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas