Oh! Tidak
Wanita Dakwa Adik Sendiri Panjat Tubuh Suami
Wanita dakwa adik sendiri dan suami curang, isu batas pergaulan dalam keluarga jadi perhatian netizen.
Kisah rumah tangga seorang wanita menjadi perhatian selepas dia mendakwa dikhianati oleh dua insan paling dekat dalam hidupnya.
Lebih menyakitkan, wanita itu mendakwa individu yang diberi tempat tinggal di rumahnya sendiri akhirnya menjadi punca hatinya hancur.
Izinkan adik perempuan tumpang sebab mudah ke universiti

Pada awalnya, keadaan nampak biasa sahaja dan suaminya juga bersetuju dengan keputusan itu. Namun lama-kelamaan, dia mula perasan hubungan adiknya dengan suami semakin rapat.
Wanita berkenaan mendakwa mereka sering bergelak lebih daripada biasa, duduk bersebelahan dan seperti cuba mengelak apabila dia masuk ke bilik.
Adik tinggal di rumah aku sebab senang dan dekat untuk dia pergi universiti. Suami pun setuju. Mula-mula nampak normal. Tapi lama-lama, perasan dia makin rapat dengan suami aku.- Katanya.
Perbuatan terbongkar selepas balik awal

Segalanya terbongkar apabila wanita itu pulang dari kerja lebih awal daripada kebiasaan. Menurutnya, keadaan rumah ketika itu sunyi, namun kasut adik dan suaminya ada di rumah.
Sebaik sahaja membuka pintu, dia mendakwa melihat sesuatu yang sangat mengejutkan dan sukar dilupakan sampai sekarang.
Wanita itu bagaimanapun tidak berkongsi secara lanjut bila kejadian tersebut berlaku dan apa kesudahan rumah tangganya selepas itu.
Hantaran di Threads itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan kisah tersebut.
Ada juga yang mengaitkan kisah itu dengan kepentingan menjaga batas pergaulan, walaupun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Pssttt! Bila baca macam kisah dongeng kan? Tapi inilah perkara yang boleh berlaku jika kita terlalu mengambil ringan. Hal rumah tangga, batas pergaulan memang benda yang nampak kecil tapi kesannya boleh jadi besar. Kadang-kadang kita terlalu percaya sebab fikir “keluarga sendiri”, tapi tetap kena ada had dan ruang privasi.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.