Connect with us

Oh! Media

Polis Bongkar Lelaki Mengaku ‘Datuk Seri’ Pernah Ada Lebih 20 Rekod Jenayah Lampau

Trending

Polis Bongkar Lelaki Mengaku ‘Datuk Seri’ Pernah Ada Lebih 20 Rekod Jenayah Lampau

Isnin lalu di Johor Bahru, telah dilaporkan mengenai seorang individu berumur 50-an yang berdepan detik cemas apabila dia menjadi mangsa peras ugut oleh dua orang lelaki termasuk seorang Datuk Seri.

ADVERTISEMENT

Suspek dipercayai telah melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa untuk membayar sejumlah hutangnya dengan menggunakan kekerasan sebelum mangsa membuat laporan polis.

Lelaki yang mengaku dirinya sebagai Datuk Seri itu juga telah ditahan selepas dia mengugut mangsa dan seorang anggota polis berpangkat Inspektor, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Johor berkata, Datuk Seri yang berusia 56 tahun itu telah pun ditahan bersama seorang lagi rakannya yang berusia 41 tahun, kira-kira pada jam 8.30 malam, selepas saja mangsa membuat laporan polis.

Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata ‘kalau tuan tangkap saya, saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan. – Katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek rupanya telah menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktirafkan oleh kerajaan.

Semakan rekod Datuk Seri berkenaan juga mendapati dia mempunyai 23 rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan.

Suspek juga pernah dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat sebanyak dua kali ditahan di Simpang Renggam, dekat sini dan Pulau Jerejak, Pulau Pinang sekitar tahun 80-an serta 90-an.

Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa. – Katanya.

Kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri itu akan disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Kredit: Utusan

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas