Connect with us

Oh! Media

Tular Video Suami Isteri Bertengkar, Anak Jadi Mangsa Keadaan

Suami Isteri Bertengkar

Trending

Tular Video Suami Isteri Bertengkar, Anak Jadi Mangsa Keadaan

Semalam warganet dikejutkan dengan sebuah video berdurasi 1 minit dan sepuluh saat memaparkan sepasang suami isteri bertengkar di dalam kereta di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling sehinggakan rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial Twitter yang menyaksikan sepasang suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi di dalam kereta sehingga si suami bertindak memukul isteri serta bayinya.

Disebabkan tindakan suami itu yang didakwa oleh si perakam, dia terus bertindak menjerit meminta pertolongan orang awam.

IKLAN
Bayi dicampak
Tangkap layar berkenaan video pergaduhan suami isteri yang di lama sosial Twitter

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan berkenaan telah datang ke Balai Polis Sri Petaling sekitar pukul 4 petang pada hari yang sama.

Hasil soal siasat mendapati pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai urusan penjagaan anak

Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati suami isteri tersebut untuk membuat laporan polis tetapi ditolak oleh mereka. Mereka dikatakan sudah berdamai sebelum beredar dari balai.

Pada masa yang sama, Anuar Omar turut menafikan komen dari netizen yang mengatakan bahawa pihak polis tidak melaksanakan tugas dengan baik tentang kejadian itu.

Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan telah diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.

Beliau sempat berpesan kepada warganet supaya berhati-hati dalam memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas