Connect with us
iphone

Trending

Cubaan Wanita Kikis Pakwe Dikecam Netizen, Minta Belikan iPhone 16 ‘Installment’ 3 Tahun

Demi cinta, seseorang sanggup melakukan apa jer termasuklah menghadiahkan barangan berjenama. Namun, ianya hendaklah mengikut ‘poket’ sendiri bimbang akan menyusahkan diri di depan hari.

Seperti perkongsian tular di aplikasi X ini, seorang wanita mahu kekasihnya belanja telefon keluaran terbaru iPhone.

IKLAN

Katanya, kekasihnya tiada duit untuk membayar secara tunai. Dia hanya mampu membuat bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

telefon
Kredit: X meinmokhtar

Wanita itu bertanya adakah dia dikira selfish jika meminta teman lelaki membelikan telefon tersebut sedangkan tahu status kewangan sebenar.

Selfish tak kalau kita mampu je bayar iPhone 16 baru tunai sebab tak ada komitmen sangat. Tapi masih nak kekasih yang belikan.

Memang minta kena kecam soalan ni kan? Di ruangan komen, para netizen menasihati teman lelaki supaya mencari perempuan lain yang lebih layak.

Menurut netizen, seorang wanita tidak wajar mengikis teman lelaki hanya untuk kepuasan diri sendiri.

iphone

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X meinmokhtar


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas