Oh! Tidak
“Aku Mangsa Keadaan” – Suami Serba Salah, Mengaku ‘Terlanjur’ Dengan Kawan Isteri Sendiri
Tular di aplikasi X, luahan seorang lelaki yang serba salah kerana telah terlanjur dengan kawan isterinya sendiri.
Dalam perkongsian tersebut, lelaki ini berkata dia tidak sengaja dan telah menjadi mangsa keadaan. Kejadian berlaku ketika dia dan isteri menumpang tidur di rumah wanita tersebut semasa bercuti ke Ipoh, Perak.
Ujar lelaki ini, rakan isterinya yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu sengaja menggoda dan memerangkapnya untuk masuk ke bilik.
Sekali kitorang terlanjur, wife aku pulak lena tidur dekat bilik bawah tu. Aku rasa bersalah gila kat wife aku. Aku tak tahu nak buat macam mana dengan perasaan ni. Padahal bukan salah aku, aku ni mangsa keadaan.
Sebagai seorang lelaki, dia mengaku tewas dan buntu apa yang harus dilakukan. Sehingga ke hari ini, dia berasa serba salah setiap kali memandang wajah isteri.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM