Connect with us

Oh! Media

Umpan Pelajar Sekolah Beri Dadah Percuma, Siap Ada Ganjaran

Oh! Tidak

Umpan Pelajar Sekolah Beri Dadah Percuma, Siap Ada Ganjaran

Pelajar adalah di antara golongan-golongan yang selalu menghadapi masalah kewangan. Makan mi segera apabila tiba hujung bulan pula sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang bergelar pelajar. 

Tetapi itu cerita pelajar di Universiti la, bagi pelajar yang masih bersekolah mungkin tidak ada masalah dari segi kewangan kerana mereka ini masih lagi tinggal bersama keluarga. Silap-silap yang nak beli dadah pun boleh tipu mak ayah kononnya nak beli buku.

Dengar cerita hari ini, Polis Johor telah berjaya kesan 40 tokan dadah yang bekalkan bahan terlarang kepada pelajar-pelajar sekolah.

Tokan dadah ini dikatakan telah dikesan melalui temu bual yang diadakan dengan 124 daripada 177 pelajar yang didapati positif dadah melalui ujian air kencing yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.

Seramai 21 tokan yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. 

Tiga tangkapan itu disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam di bawah Seksyen 39A (1); 10 di bawah Seksyen 15(1)(A) dan dua di bawah Seksyen 39C akta sama.

Kita sedang mengesan lagi 19 tokan dadah, yang masih lagi di siasatan kerana maklumat yang diberikan terlalu umum dan tidak tepat.

Modus operandi tokan secara kecil-kecilan ini ialah mereka akan merekrut pelajar sekolah dengan pada mulanya pelajar ini akan dadah diberi secara percuma.

Apabila pelajar terbabit dapat pelajar baharu untuk mencuba dadah, pelajar yang memperkenalkan itu akan diberi imbuhan sama ada dalam bentuk dadah atau wang,” Kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, antara dadah yang popular digunakan dalam kalangan pelajar sekolah adalah ganja.

Ini kerana ganja lebih murah, senang dibawa dan digunakan dan harga sepaket RM40. – Katanya.

Dah kena umpan macam tu, siapa pula tak nak kan? Lagi-lagi pelajar sekolah yang baru nak kenal dunia. Semua benda kalau boleh dia cuba.

Kredit: Berita Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top