Connect with us

Oh! Media

Syarikat Penerbangan Baru Didakwa Ugut Halau Penumpang Gara-Gara Anak 2 Tahun Menangis

penerbangan baru

Oh! Tidak

Syarikat Penerbangan Baru Didakwa Ugut Halau Penumpang Gara-Gara Anak 2 Tahun Menangis

Bagi mereka yang sudah berkeluarga sahaja tahu macam mana ragam anak kecil ni yang tidak tentu dia punya mood. Ada masa boleh dikawal dan ada masa mereka akan menangis tanpa henti. Itulah apa yang berlaku dalam perkongsian seorang lelaki di mana dia sekeluarga mendakwa diugut untuk keluar dari pesawat sebuah penerbangan baru.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu ditulis panjang melalui perkongsian di Facebook oleh Fear Dawooz yang menceritakan kronologi terperinci pengalaman buruk yang dialaminya menaikan pesawat dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Hand carry terlalu banyak, staf penerbangan desak bayar servis check in luggage.

Semuanya jadi serba tak kena sebelum naik pesawat lagi selepas stad syarikat penerbangan tersebut didakwa mendesak mereka untuk membayar servis check in luggage. Mereka bagaimanapun mengalah dan membayar selepas diasak beberak kali.

Situasi kembali jadi tegang selepas anak meragam dak staf kabin tidak mahu beri kerjasama…

Sebaik sahaja masuk ke dalam pesawat, keadaan kembali tegang selepas staf kabin menolak permintaan isterinya untuk menggunakan infant belt. Alasan yang diberikan adalah menjadi polisi syarikat mereka untuk memberikan kepada kanak-kanak sehingga 2 tahun sahaja tetapi anak mereka sudah berusia 2 tahun 5 hari.

Dawooz turut berkongsi video menunjukkan tali pinggang keselamatan tidak sesuai untuk anaknya dan mereka hanya mengharapkan agar pihak kabin boleh bertolak ansur.

Tidak lama kemudian, ketua kabin dikatakan dilihat memaklumkan sesuatu kepada kapten kapal yang kemudian memberikan arahan untuk semua penumpang duduk jika tidak mahu dihalau keluar.

Kepada penumpang yang duduk di barisan **, sila beri kerjasama untuk duduk atau jika tidak kami akan panggil sekuriti untuk iring awak keluar dari pesawat ini.

Staf sekuriti arahkan mereka untuk padam semua video di dalam pesawat…

Kapal terbang itu berlepas dengan situasi anaknya menangis namun setibanya mereka di KLIA2, beberapa orang staf sekuriti menahan dan meminta agar dia memadam semua video yang dirakam ketika kejadian.

Mereka turut cuba mencapai persetujuan dengan bertanya jika dia akan padam video tersebut seandainya ketua kabin meminta maaf kepadanya dan keluarga.

You rasa dia nak ke mintak maaf? Sepanjang flight takde single apologies pun dia cakap inikan sekarang semata sebab nak padam video.

Akhirnya, mereka sekeluarga beredar pergi tanpa memadam video berkenaan kerana mahu dijadikan bahan bukti jika apa apa berlaku kelak.

Dalam perkembangan terkini, syarikat penerbangan baru tersebut dilihat membuat permohonan maaf dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas