Oh! Artis
Anak Dakwa Aman Graseka Dipaksa Kerja Walaupun Sakit
Anak Mas Idayu dedah sudah lama tak jumpa Aman Graseka dan dakwa bapanya kini sakit teruk.
Pada
Anak Mas Idayu dedah sudah lama tak jumpa Aman Graseka dan dakwa bapanya kini sakit teruk.
Oleh
Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan hubungannya dengan bapa, pelakon Aman Graseka.
Menerusi perkongsian di Threads, Dayini mendedahkan dia sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan bapanya. Namun, dia masih menerima maklumat terkini mengenai keadaan Aman daripada individu yang prihatin.
Menurut Dayini, walaupun sudah lama tidak berjumpa, dia tetap mengetahui perkembangan bapanya dari semasa ke semasa.
Lebih menyedihkan, Dayini mendakwa keadaan kesihatan Aman semakin merosot dan perkara itu membuatkan dirinya tampil bersuara.
Ya memang betul, bertahun lama tak jumpa papa saya. Tapi alhamdulillah setiap tahun ada hamba Allah banyak menyampaikan info atau maklumat terkini.
Dari situ saya tahu keadaan papa saya. Tapi makin lama makin teruk ya kejadiannya sekarang.- Katanya.
Dalam perkongsian sama, Dayini turut mendakwa ada individu tertentu yang masih memaksa bapanya bekerja walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak sihat.
Dakwaan itu nyata mengundang perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keadaan kesihatan seorang pelakon senior yang pernah dikenali ramai.
Dayini juga menyampaikan pesanan agar pihak terbabit lebih bertimbang rasa dan tidak mengambil ringan soal kesihatan bapanya.
Untuk rekod, Dayini merupakan anak hasil perkahwinan Mas Idayu dan Aman Graseka sebelum pasangan itu bercerai pada tahun 1997. Aman kemudian mendirikan rumah tangga bersama Nurul Amrina pada tahun 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Pssttt! Dalam hal keluarga macam ni, memang banyak benda yang orang luar tak tahu cerita sebenar. Apa pun, semoga Aman Graseka diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan keluarga mereka dipermudahkan.
Kredit: Hib Glam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Rosmah saman Harith Iskander kerana dakwa dirinya dihina dalam persembahan komedi di Melaka.
Ejen inai dakwa pernah rugi selepas barang hangus terbakar dan luah rasa terkilan dengan layanan pihak...
Emma Maembong sah kembali bercinta dengan DJ Kidd.
Abby Abadi bidas rakan baik Memey Suhaiza dan nafi minta ikut umrah naik business class.
Norreen Iman buka tudung dan kongsi foto berambut pendek bersama anak-anak.