Connect with us

Oh! Media

SK Sultan Sulaiman 1 Ditutup Selepas 8 Guru Positif Covid-19

COVID-19

SK Sultan Sulaiman 1 Ditutup Selepas 8 Guru Positif Covid-19

Di Kuala Terengganu, sebuah sekolah terpaksa ditutup selama 14 hari selepas lapan orang guru di sekolah terbabit disahkan positif jangkitan Covid-19.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan penutupan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1  berkuat kuasa hari ini sehingga 5 Februari.

Sekadar gambar hiasan

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata arahan penutupan dikeluarkan pihaknya untuk mengawal penyebaran penyakit berjangkit mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 332).

Pihak sekolah diperintahkan mematuhi arahan kerja membasmi kuman dan kegagalan mematuhi perintah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 22 (b), Akta 342.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau keduanya sekali.

Lapor Harian Metro lagi, sekolah tersebut belum memulakan sesi persekolahan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Pihak pengurusan sekolah juga sudah menghubungi ibu bapa mengenai penangguhan pengagihan buku teks yang dijadualkan Ahad ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top