Connect with us

Oh! Media

‘Semakin Seksi Sampai Tunjuk Bentuk Badan’ – Netizen Pertikai Pemakaian Raja Ilya Terikut-Ikut Budaya Barat

Trending

‘Semakin Seksi Sampai Tunjuk Bentuk Badan’ – Netizen Pertikai Pemakaian Raja Ilya Terikut-Ikut Budaya Barat

Raja Ilya yang merupakan pelakon di negara kita kini menetap di Perth, Australia sejak pandemik Covid19. Peminatnya sering mempertikaikan tentang pakaiannya yang dikatakan semakin seksi sejak duduk disana bahkan ada yang mengatakan Raja Ilya ni terikut gaya barat, betul ke?

ADVERTISEMENT

Menerusi petikan Berita Harian, Raja Ilya menafikan dakwaan itu dan dia sebenarnya dah lama suka berpakaian yang menunjukkan bentuk badan sejak dari dulu lagi gais.

Kalau terdesak namanya melacur diri dan lebih baik berbogel. Bagi saya, seksi sangat subjektif. Saya suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak awal menceburi bidang lakonan.

Istillah seksi pemahaman sangat luas. Ada berpakaian sopan, tetapi tetap nampak seksi daripada pandangan mata seseorang. Seksi tidak terbatas kepada konsep mendedahkan kulit atau berpakaian sendat sahaja.

Budaya barat ini sudah sebati dalam hidup saya sejak kecil. Apabila berkahwin dan tinggal di luar negara, barulah saya sedar betapa ceteknya pemikiran dan naifnya saya.

Saya mudah percaya apabila ada yang mengatakan orang barat jahil dan macam-macam lagi. Saya percaya orang lain pun beranggapan sama, kita suka sangat menghukum.

Tetapi, kita tidak boleh menghukum sesebuah negara disebabkan segelintir tidak beragama. Rumusannya, kita kena fikir positif, banyak membaca dan menambah ilmu. Jangan cepat menghukum.

Betul gais, jangan cepat menghukum sesebuah negara tu. Itu semua berdasarkan individitu tu sendiri.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas