Connect with us

Oh! Media

Nama-Nama Fronliner Terpaksa Dipotong Dalam Senarai Penerima Awal Vaksin, Dr Rafidah Luah Rasa Kecewa

F71b4094 4800 4355 9e61 a7802aea1316

Trending

Nama-Nama Fronliner Terpaksa Dipotong Dalam Senarai Penerima Awal Vaksin, Dr Rafidah Luah Rasa Kecewa

Seorang pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah baru-baru ini telah meluahkan rasa kecewanya apabila ada segelintir fronliner dinafikan hak mereka sebagai penerima awal vaksin Covid-19.

E9d67c8a 2b9c 4496 9744 aa3ba544f68c
Dr Rafidah Abdullah

Lebih mengecewakan apabila, nama-nama frontliner yang bakal menerima vaksin telah digantikan dengan nama ahli-ahli politik termasuklah bebepa orang Exco-Exco yang kurang dikenali.

Di akaun Twitter rasminya, Dr Rafidah dilihat telah berkongsi luahannya serta menyeru netizen untuk menularkan isu penggantian nama fronliner ini sehingga ke pihak MOSTI, selaku pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan senarai nama tersebut.

IKLAN

Antara luahannya yang dikongsikan di laman Twitter:

DUA DARJAT 2.0

Ya, faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, kami tiada halangan. Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri2 lain, kuncu2 mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami  tak faham.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN): anda adalah MENJAGA kebajikan petugas2 kesihatan-hospital, swasta & komuniti; bukan yang berDARJAT. Kami petugas bawahan tidak mampu faham dua darjat. Yang kami tahu pergi balik kerja, pakai PPE, menyelamatkan nyawa manusia.

Mana hak petugas-petugas kesihatan yang mengandung, menyusukan bayi, pegawai-pegawai (contohnya farmasi) di lapangan, doktor-doktor gigi swasta: kenapa tiada dalam senarai? Turunlah, berbincanglah dengan setiap seorang. Takkan keluarkan senarai sahaja.

Ec75c54f df66 45ad 99ea c0b7a7ec5d61

Kasihan mereka: alih-alih nama terkeluar atau langsung tidak masuk senarai. Tambah terkejut: muncul nama-nama YB tidak dikenali. Nak bersuara, takut. Please, middle managers. Do what’s right, get rid of nonsense. PROTECT the people under you. Dont think that’s too much to ask.

Mungkin netizen boleh unjurkan MOSTI, seperti katanya Khairy Jamaluddin : “keluarkan senarai nama. Tonjolkan siapa vaksinasi dahulu daripada barisan hadapan. You can give us motivation during our vaccination. Bukan diri sendiri sorong lengan ambil vaksin dahulu. Show that you care for us, not for yourself.”

DO NOT deny the rights of women healthcare workers. If they’re pregnant, lactating & want vaccine: honour them. JKN: TALK TO THEM. Jgn buang masa kipas orang yg ada darjat buatan manusia. Ketepikan golongan ini: dulu, kini & (harapnya) selamanya. Professionals work professionally

Let us, healthcare workers finish our vaccination first.

Ikhlas dari saya yang hanya sorang pakar berubatan.

Belum ada tarikh vaksinasi. Tidak akan memintas. Elok saya dahulukan staf yang betul-betul hadapan.

Kredit: Dr. Rafidah Adbullah

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas