Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

(Video) Tular Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Hadapan Hospital, Rupa-Rupanya Kerana Gagal Membayar…

Oh! Tidak

(Video) Tular Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Hadapan Hospital, Rupa-Rupanya Kerana Gagal Membayar…

Baru ni kecoh di WhatsApp mengenai sebuah video berdurasi 14 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul dua orang lelaki termasuk warga Afrika menggunakan topi keledar sehingga cedera.

Berdasarkan rakaman video tersebut, pergaduhan itu dikatakan telah berlaku di hadapan sebuah hospital swasta di Klang.

Seorang daripada lelaki itu yang tidak memakai baju kelihatan sedang berkomunikasi dengan seorang lelaki India yang memakai baju berwarna hitam.

Kemudiannya, dia telah dipukul di kepala oleh lelaki berbaju warna hitam itu menggunakan sebuah topi keledar berwarna merah yang dipegangnya. – Kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan.

Hasil siasatan polis mendapati motif pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah hospital swasta itu adalah disebabkan kerana warga Afrika tersebut gagal membayar bil hospital.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata, pada mulanya telah berlaku kemalangan antara seorang warga tempatan yang menaiki sebuah motosikal dengan warga Afrika yang menaiki kereta sebelum ini.

Lelaki warga Afrika itu pula didapati gagal melunaskan bil rawatan hospital bernilai RM1,500 kerana hanya mempunyai RM500 sahaja.

Mangsa yang tidak berpuas hati telah memanggil suspek untuk hadir ke hospital untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sebelum terjadinya pergaduhan itu. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Beliau menambah, dua suspek lelaki yang berusia 25 dan 26 tahun itu telah ditahan pada pukul 6 petang semalam di sekitar daerah ini dan kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Ramli channel

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top