Connect with us

Oh! Media

“Siap Sambung Air Dan Elektrik..” – Warga Asing Tinggal Di Rumah Kosong Secara ‘Haram’

Ohmedia  Warga Asing

Oh! Tidak

“Siap Sambung Air Dan Elektrik..” – Warga Asing Tinggal Di Rumah Kosong Secara ‘Haram’

Seorang lelaki terkejut apabila menghadapi detik cemas di mana dia berhadapan dengan warga asing yang duduk di rumah kenalannya secara haram.

Difahamkan, tuan rumah sama sekali sekali tidak pernah menyewakan rumah itu kepada mana-mana pihak selama 10 tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook Sribalu Kedah, pemilik rumah itu berkata dia kini sedang berada di negeri Pantai Timur dan akui lebih selesa duduk di kampung berbanding di bandar, disebabkan itulah rumah berkenaan dibiarkan ‘kosong’ sejak beli 10 tahun lalu.

IKLAN

Warga Asing

Ujar pemilik rumah itu lagi dia meminta agar individu berkenaan menguruskan jual beli rumah tersebut.

Walau bagaimanpun, individu tersebut sememangnya berasa terkejut apabila mengetahui ada beberapa warga asing duduk di rumah berkenaan secara haram.

Bukan kata saya yang terkejut, pemilik dan kawannya pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu.

Apa yang mengejutkan, warga asing tersebut turut ‘menyambung’ air dan elektrik secara haram sepanjang tinggal di sana.

Warga Asing

Malah, warga asing yang duduk di rumah kenalannya itu meminta bukti bahawa dia sedang bercakap dengan pemilik rumah pangsapuri tersebut.

Sementara itu, individu tersebut telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada pihak imigresen berhubung warga asing ceroboh secara haram.

BACA: Tular Video Lelaki Warga Asing Selamba Raba Pelajar Perempuan Di Pasaraya

Terdahulu, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga asing selamba meraba seorang pelajar perempuan di sebuah pasaraya di Sungai Buloh. 

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas