Oh! Artis
Sera Melissa Buat Laporan Polis Selepas Didakwa Pernah Membuli
Sera Melissa buat laporan polis selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan buli yang tular di Threads baru-baru ini.
Pelakon Sera Melissa akhirnya tampil mengambil tindakan selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan pernah membuli seseorang ketika berusia sekitar 10 tahun.
Isu itu mula jadi perhatian selepas satu hantaran di Threads tular dan menyebabkan pelakon berusia 27 tahun berkenaan menerima kecaman daripada netizen. Lebih mengejutkan, maklumat peribadinya juga didakwa tersebar kepada umum.
Sera Melissa ambil tindakan undang-undang

Menerusi perkongsian di Instagram, Sera memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang sedang tular itu.
Menurut pelakon drama Hilang Dalam Rindu berkenaan, laporan tersebut dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan mengikut saluran undang-undang.
Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.- Katanya.
Sedia beri kerjasama jika dakwaan merujuk dirinya
Dalam masa sama, Sera berkata dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya individu yang membuat dakwaan itu benar-benar merujuk kepada dirinya.
Dia juga mahu perkara tersebut diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya dan bukan berdasarkan andaian semata-mata. Bagi Sera, isu sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan kerana ia sudah memberi kesan kepada reputasi dan kehidupan peribadinya.
Saya memandang serius perkara ini. Sekiranya individu berkenaan benar-benar merujuk kepada saya, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.- Katanya lagi.
Minta orang ramai elak spekulasi
Sera turut berharap orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri selagi siasatan belum selesai.
Terdahulu, tular satu hantaran di Threads daripada seorang individu yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa pernah menjadi mangsa buli dan ugutan oleh seorang pelakon wanita ketika mereka masih kanak-kanak.
Setakat ini, Sera memilih untuk membawa perkara tersebut kepada pihak polis supaya kebenaran dapat ditentukan melalui proses yang betul.
Pssttt! Dalam isu yang tengah panas macam ni, eloklah kita tunggu hasil siasatan dulu sebelum menghukum sesiapa. Media sosial memang laju, tapi kebenaran tetap perlu ikut saluran yang betul.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

