Oh! Artis
“Saya Hidup Untuk Anak-Anak Je” – Abby Abadi Jawab Dakwaan Suka Kongsi Hal Dalam Kain
Abby Abadi jelaskan hidupnya selama ini hanya untuk anak-anak, nafi viralkan isu untuk berniaga.
Pelakon Abby Abadi tampil meluahkan rasa hati selepas didakwa terlalu kerap berkongsi kisah peribadi kepada umum.
BACA: “Selepas Cerai Baru Tahu Siapa Di Sebalik Tabir” – Abby Abadi Luah Derita Dipendam
Menerusi perkongsian di Threads, Abby menegaskan selama ini dia bukan jenis yang suka membuka aib atau menceritakan semua perkara mengenai kehidupan peribadinya, sebaliknya banyak memilih untuk berdiam diri.
Abby Abadi nafi suka kongsi hal peribadi
Dalam luahan itu, Abby berkata fokus utamanya selama ini adalah mencari rezeki demi memastikan anak-anak hidup selesa.

Menurutnya, dia sentiasa memikirkan cara untuk mencukupkan makan pakai, menyediakan rumah yang selesa serta memastikan anak-anak tidak terabai.
Abby turut menjelaskan kehidupannya banyak tertumpu kepada anak-anak, lebih-lebih lagi selepas ketiadaan arwah ibu bapanya.

Perkongsian itu sekali gus memperlihatkan Abby mempertahankan dirinya daripada tanggapan negatif segelintir pihak.
Dia menegaskan anak-anaknya tidak pernah dibiarkan tanpa penjaga, malah keperluan mereka tetap diberi perhatian sebaik mungkin.
Dalam hantaran berasingan, Abby turut menyentuh dakwaan kononnya dia sengaja mengeluarkan cerita tertentu kerana mahu berniaga.
Abby berkata, dia sudah berniaga sejak tahun 2015 dan bukan baru mula membuat promosi hanya kerana isu tertentu sedang menjadi perhatian.
Pssttt! Semoga Abby terus kuat menjalani kehidupan dan dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki untuk anak-anak. Dalam masa sama, semoga orang ramai lebih berhati-hati sebelum membuat andaian terhadap kehidupan orang lain.
Kredit: Thread Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

