Trending
“Tiada Sebarang Petunjuk” – Kes Kematian Pelajar Tahfiz Wan Ahmad Faris Diklasifikasi NFA
Selepas lebih 10 tahun keluarga menanti jawapan, kes kematian pelajar tahfiz Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman kini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA.
Memetik laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan Jabatan Peguam Negara selepas kertas siasatan kes berkenaan diteliti, termasuk siasatan lanjut berhubung naratif yang pernah dikemukakan pihak keluarga.
Tiada keterangan mengaitkan mana-mana individu

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, siasatan menyeluruh yang dibuat mendapati tiada keterangan boleh mengaitkan mana-mana individu lain dengan kematian Allahyarham.
Siasatan lanjut dijalankan berhubung naratif yang dikemukakan oleh pihak keluarga. Dalam tempoh siasatan, seramai 84 orang saksi sudah dirakam percakapan dan sebanyak 45 sampel DNA sudah dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Difahamkan, surat pemakluman bertarikh 3 Julai itu diterima peguam yang mewakili keluarga Allahyarham hari ini.
Sehubungan itu, selepas meneliti keseluruhan keterangan yang diperoleh, kita berpandangan bahawa tiada sebarang petunjuk untuk mengaitkan mana-mana individu dengan perlakuan kesalahan, khususnya di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama, Jabatan Peguam Negara turut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh keluarga atas kehilangan Wan Ahmad Faris.
Pssttt! Bila seorang anak pergi dalam keadaan yang pernah menimbulkan tanda tanya, sudah tentu jawapan yang ditunggu bukan sekadar keputusan di atas kertas.
Apa pun, semoga keluarga Allahyarham terus kuat dan diberikan ketabahan. Al-Fatihah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

