Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Dakwaan Pemalsuan Tandatangan Urusan Pengebumian Jenazah Di Ukay Perdana

Ohmedia masjid Permit

Trending

Polis Siasat Dakwaan Pemalsuan Tandatangan Urusan Pengebumian Jenazah Di Ukay Perdana

Polis sahkan menerima laporan mengenai pemalsuan tandatangan untuk urusan pengebumian.

Tular di media sosial isu melibatkan kes pengebumian yang tertunda lebih satu jam walaupun jenazah sudah dimasukkan ke liang lahad.

Isu tersebut sudah mendapat maklum balas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menafikan kelewatan berpunca daripada pihak masjid.

BACA: Isu Jenazah Dibiarkan Lebih Sejam Di Liang Lahad, JAIS Beri Penjelasan

IKLAN

Terkini, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan tandatangan bagi tujuan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang.

Polis sahkan kertas siasatan dibuka

Jenazah

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, waris arwah dan wakil Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) turut tampil membuat laporan polis menafikan kenyataan yang dikeluarkan JAIS.

Malah, mereka telah tampil dengan satu sidang media menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada hari pengebumian.

Pssttt! Isu berkaitan urusan pengebumian jenazah sememangnya sensitif dan perlu ditangani dengan penuh berhemah. Diharapkan siasatan polis dapat memberi penjelasan sebenar supaya tiada pihak dihukum berdasarkan dakwaan yang belum disahkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas