Oh! Artis
“Selepas Cerai Baru Tahu Siapa Di Sebalik Tabir” – Abby Abadi Luah Derita Dipendam
Abby Abadi luah rasa trauma akibat pengalaman lalu.
Selebriti popular Abby Abadi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik perkongsian panjang mengenai trauma dan luka lama yang didakwa sudah lama dipendam.
Menerusi hantaran di Instagram, Abby menjelaskan perkongsian sebelum ini dibuat bukan kerana mahu memarahi anaknya, Marissa Dania, sebaliknya mahu anak-anak tahu bahawa hari istimewa mereka sentiasa berada dalam ingatannya.
Abby Abadi jelaskan isu ucapan hari lahir anak

Menurut Abby, dia tidak pernah gagal meraikan hari istimewa anak-anaknya sebelum ini, namun mengakui tahun ini ada keadaan yang membuatkan dirinya tidak mampu melakukan seperti kebiasaan.

Abby menjelaskan dirinya hanyalah orang biasa yang selama ini bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik dan selesa buat anak-anak.
Dalam perkongsian itu, Abby turut mengimbas pengorbanannya ketika membesarkan anak-anak, termasuk mendakwa dirinya banyak berjuang sendiri sepanjang melalui fasa keibuan.
Bagi anak pertama, Abby berkata keadaan masih baru ketika itu, namun dia tetap meneruskan semuanya kerana kasih sayang terhadap anak.
Bagi anak kedua pula, Abby mendakwa melalui fasa mengandung dengan menguruskan diri sendiri.

Dakwanya, masa mengandung anak ketiga layanan diterima suami makin hambar sehingga berbulan-bulan tak pulang ke rumah.
Dalam perkongsian sama, Abby mendakwa selepas bercerai barulah dia mengetahui ada perkara yang berlaku di belakang tabir.

Bagaimanapun, Abby berkata dia akhirnya memilih untuk mengalah dan menerima hakikat bahawa bekas suaminya mempunyai orang lain yang lebih dicintai.
Selebriti itu juga mendakwa anak-anak berada bersamanya dan dia menjadi penjaga sepenuh masa, dibantu oleh keluarga serta orang sekeliling.
Dalam luahan berkenaan, Abby turut menyentuh mengenai isu keadilan terhadap anak-anak serta nafkah yang didakwa tidak pernah diterimanya di tangan.
Menurut Abby, banyak isu mula berbangkit apabila dia membangkitkan soal keadilan untuk anak-anak.

Dalam perkongsian itu, Abby turut menyifatkan trauma sebagai luka yang tidak kelihatan pada emosi atau fikiran akibat pengalaman yang sangat memberi kesan.
Abby berkata dirinya sudah cuba untuk kuat, mengalah, beralah dan reda, namun luka yang dipendam terlalu lama seakan-akan semakin bertambah.
Perkongsian Abby Abadi itu menerima perhatian ramai apabila meraih puluhan ribu tanda suka serta ribuan komen di Instagram.
Pssttt! Apa pun yang berlaku, semoga Abby Abadi diberi kekuatan untuk melalui fasa ini dengan lebih tenang. Dalam isu seperti ini, perkara paling penting adalah menjaga emosi anak-anak dan mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa menambah luka kepada mana-mana pihak
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

