Oh! Negara
Persekutuan Majikan Malaysia Sedia Terima Pekerja Rohingya
Pelarian Rohingya mungkin diberi peluang kerja dalam sektor 3D jika kerajaan benarkan mereka bekerja secara sah.
Isu pelarian Rohingya bekerja secara sah kembali jadi perhatian selepas persatuan majikan menyatakan kesediaan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan itu.
Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, peluang itu boleh diberi dalam sektor 3D iaitu kerja kotor, berbahaya dan sukar, sekiranya kerajaan memberi kebenaran rasmi.
Pengisian pekerja Rohingya boleh bantu isi kekurangan tenaga kerja

Presiden MEF, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan membenarkan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR bekerja secara formal.
Katanya, langkah itu boleh membantu mengisi kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu yang masih memerlukan pekerja, termasuk perladangan, pembinaan dan pekerjaan berisiko.
Adalah lebih baik mereka bekerja secara sah berbanding secara haram. Semua undang-undang buruh dan undang-undang negara juga akan terpakai kepada mereka seperti pekerja lain.- Katanya.
Kurangkan kebergantungan pekerja asing

Menurut Syed Hussain, pendekatan itu juga dapat mengoptimumkan tenaga kerja sedia ada dalam negara. Pada masa sama, ia boleh mengurangkan keperluan membawa masuk pekerja asing baharu yang biasanya melibatkan kos pengambilan tinggi dan proses yang panjang.
Beliau berkata, sektor 3D masih penting bagi memastikan rantaian perkhidmatan dan pengeluaran produk terus berjalan. Bagaimanapun, pakar ekonomi Dr. Idham Md. Razak berpandangan langkah itu perlu dikawal dengan baik.

Katanya, peluang pekerjaan kepada pelarian tidak semestinya memberi keuntungan kepada ekonomi jika pelaksanaannya longgar.
Beliau turut memberi amaran bahawa dasar itu boleh memberi tekanan kepada kadar gaji pekerja tempatan dalam segmen tertentu, selain melibatkan kos pentadbiran dan pemantauan.
Pssttt! Apa pun, isu pelarian Rohingya bekerja secara sah ini memang perlukan penelitian rapi. Kalau nak dilaksanakan, biarlah dengan kawalan jelas supaya tidak menekan pekerja tempatan, tidak membebankan negara dan pada masa sama memastikan semua pihak tertakluk kepada undang-undang.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

