Connect with us

Oh! Media

“Rakyat Perlu Akur Dengan Larangan Rentas Daerah Dan Negeri” – Pensyarah UKM

Trending

“Rakyat Perlu Akur Dengan Larangan Rentas Daerah Dan Negeri” – Pensyarah UKM

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negari bermula 7 Mei ini, umat Islam yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga perlu bersikap rasional dengan situasi yang sedang dihadapi.

ADVERTISEMENT

Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, masyarakat perlu akur dengan larangan merentas daerah mahupun negeri bertujuaan mengelak penularan lebih buruk berlaku dalam negara.

“Apabila PKP dilaksanakan secara mengejut memang ia sedikit sebanyak sukar diterima apatah lagi bagi mereka yang sudah membuat persiapan awal seperti membeli pakaian atau kuih raya untuk menyambut bersama keluarga di kampung selepas tidak berpeluang tahun lalu.

“Bagi saya, memang ia memberi kesan ke atas kesihatan mental masyarakat tetapi tidak lah seteruk mana kerana masih ada keseimbangan dengan situasi semasa pandemik yang masih tidak menentu dan kes tinggi,” katanya.

Apa yang penting ketika ini adalah, masyarakat perlu bijak mengawal emosi dan tekanan bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk berlaku kepada kesihatan mental mereka.

“Cara kita menghidupkan suasana raya dalam norma baharu bergantung kepada diri masing-masing misalnya, gunakan apa jua kemudahan teknologi untuk terus berhubung dengan keluarga yang jauh bagi mengubat kerinduan.

“Malah, kita juga berpeluang mengekalkan tradisi kunjung mengunjung dalam ruang lingkup kawasan dibenarkan asalkan dengan kawalan kendiri tinggi dan jangan lalai mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu bersiap sedia menjalani rutin harian baharu sehinggalah keadaan benar-benar pulih daripada wabak Covid-19.

“Kita tiada pilihan kena kuat dan bersiap sedia mungkin perlu melalui situasi ini setahun lagi,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas