Connect with us

Oh! Media

Bunuh Dan Bakar Seorang Wanita, Pemandu Lori Didakwa

Pemandu Lori Bunuh

Trending

Bunuh Dan Bakar Seorang Wanita, Pemandu Lori Didakwa

Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini di atas pertuduhan membunuh dan kemudian membakar mayat wanita terbabit yang mana mayatnya ditemui di tepi jalan Kampung Padang Air, Kuala Terengganu pada 17 April yang lalu.

Terdahulu, Seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti dalam keadaan terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air ketika sedang menjalankan tgas pada pukul 7.15 pagi.

Memetik laporan Berita Harian, suspek yang bernama Badrul Hisham Mat Jusoh berusia 37 tahun yang berasal di Bukit Payong, Marang, didakwa membunuh seorang wanita bernama Che Janiah Jaafar, 55 di Kilometer 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air antara pukul 9.30 malam hingga 7.15 pagi pada 16 dan 17 April.

IKLAN

Pertuduhan itu dibacakan oleh Majistret Nordiana Abd Aziz kepada suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana membunuh yang mana suspek boleh digantung sampai mati.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh suspek dan sebutan semula kes akan dibuat pada 20 Jun.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas