Connect with us

Oh! Media

Permit Pekerja Tamat Lepas 16 Tahun Bersama, Luahan Majikan Ini Bikin Sebak

Oh! Tidak

Permit Pekerja Tamat Lepas 16 Tahun Bersama, Luahan Majikan Ini Bikin Sebak

Demi mencari rezeki yang halal buat keluarga, pekerja warga asing sanggup merantau selama bertahun-tahun di negara orang. Kebanyakan daripada mereka memang ikhlas bekerja sehingga disenangi majikan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) 16 Tahun Berkhidmat, Satu Keluarga Menangis Hantar Pembantu Balik Kampung

Seperti perkongsian lelaki ini, permit seorang pekerja yang sudah 16 tahun berkhidmat dengannya kini telah tamat tempoh. Permit tidak dapat diperbaharui di atas faktor umur pekerja tersebut.

Pada 14 Januari 2022, dia akan kehilangan seorang pekerja yang paling setia dalam perniagaan ubah suai dan pembinaan rumah serta banyak membantu kerja-kerja kanopinya.

Aku minta kau halalkan titik peluh kau bersama aku. Halalkan ilmu yang telah kau beri pada aku.

Memang aku engineer tapi atas kertas, di atas tapak kaulah engineer yang sbenar. Masa muda aku banyak aku habiskan untuk menuntut ilmu dari dia. Sekarang ilmu itu aku akan gunakan untuk semua orang.

Lelaki ini berterima kasih telah susah dan senang bersamanya selama ini. Dia mendoakan semoga pekerjanya itu hidup bahagia bersama keluarga tercinta di kampung.

Anak dia dari kecik aku hantar duit belanja tambahan, sekarang anak dia cikgu sekolah di Bangladesh. Anak dia akan berkahwin bulan 4 ni.

Alhamdulillah belum pernah aku biarkan dapur diorang tak berasap. Sentiasa akan ada makanan dan paling penting, respek mesti mau ada. AKU BANGGA, WALAU KITA KULI, TAPI JIWA KITA SAMA. JIWA ORANG SUSAH.

Tak sanggup berdepan momen ‘berpisah’, lelaki ini tidak menghantar pekerjanya ke KLIA dan mewakilkan orang lain sahaja. Baginya pekerjanya itu adalah guru yang banyak memberi ilmu.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Sufi Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas