Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa yang ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini bersembunyi di Myanmar. Biar betul?
Menurut laporan Berita Harian, pendedahan itu dibuat dalam forum bertajuk ‘Media Townhall: Getting the Facts Right-The Untold Stories of 1MDB & Other Cases’ yang berlangsung semalam.
Peguam utama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga berkata yang dakwaan itu berdasarkan soal balasnya terhadap bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang sebelum ini pernah dianggap senagai proksi Jho Low.
Jho Low didakwa bersembunyi di Myanmar
Jasmine menjadi saksi penting dalam perbicaraan rasuah Najib yang membabitkan penyalahgunaan dana 1MDB bernilai berbilion ringgit apabila dirinya menyerah diri selepas menghilangkan diri pada tahun 2018 sebelum ini.
Daripada keterangan Loo yang saya soal siasat, saya rasa dia (Jho Low) berada di Myanmar dan dilindungi oleh jeneral-jeneral di sana.
Ini kerana Low mampu mendapatkan pasport untuk Loo dan membolehkannya masuk ke Myanmar tanpa menggunakan pasport Malaysia.
Loo mengembara menggunakan pasport Myanmar dan dia mengesahkan bahawa Jho Low yang mengatur dokumen itu.
Ketika ini, Myanmar seperti ‘negara koboi.’ Anda boleh melakukan pelbagai perkara di sana.
Katanya lagu, Loo menyatakan dia memasuki Myanmar pada tahun 2019 dan duduk di sana selama 4 tahun sambil berunding dengan pihak berkuasa Malaysia untuk kepulangannya pada 2021.
Jho Low pernah aturkan dokumen perjalanan
Loo juga menjelaskan memasuki Myanmar adalah bukan perkara yang mudah kerana dirinya telah ditahan dan diberikan tekanan oleh tentera di sana apabila di negara itu.
Bukan tu jer, bekas peguam itu juga berkata dia bawa pasport tapi ianya tidak dicop kerana Jho Low telah mengaturkan dengan menggunakan dokumen perjalanan lain sekaligus menunjukkan dirinya sebagai warga tempatan. Pergh! Lain macam.
#OhmediaNasihat
Kisah ini membuka mata kita tentang betapa luasnya rangkaian kuasa individu seperti Jho Low, yang mampu meloloskan diri walaupun diburu.
Namun, ia juga mengingatkan kita untuk berhati-hati dan lebih teliti dalam menilai urusan berkaitan kewangan dan undang-undang. Kejahatan mungkin mengambil masa untuk dibongkar, tetapi akhirnya kebenaran pasti muncul.
Gunakan kisah ini sebagai pengajaran untuk sentiasa memastikan ketelusan dalam setiap urusan, sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional.