Connect with us

Oh! Media

Patah Pinggang Akibat Terjun Dari Tingkat 3, Elak Dari Dicekup Polis

Trending

Patah Pinggang Akibat Terjun Dari Tingkat 3, Elak Dari Dicekup Polis

Tiga individu nekad terjun dari tingkat 3 bagi mengelakkan diri daripada dicekup anggota polis membawa padah apabila mereka mengalami cedera teruk dalam serbuan anggota polis di rumah kedai di Kampung Simee, Ipoh, semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata,Serbuan yang dibuat pada pukul 4.15 petang semalam itu mendapati terdapat 11 individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul di premis itu untuk bermain judi Gin Rummy batu.

hasil daripada maklumat orang awam, pihak polis telah melakukan serbuan di premis itu menyebabkan tiga daripada mereka terkejut lalu nekad untuk terjun daripada tingkat tiga.

Kesan daripada terjunan itu mengakibatkan seorang patah pergelangan tangan, bahu dan pinggang, seorang patah kedua-dua kaki dan seorang lagi patah tulang rusuk dan tangan kiri.

Menurut laporan Harian Metro, ketiga individu yang mengalami cedera parah itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut manakala pihak polis telah merampas meja Gin Rummy, 114 biji Gin Rummy batu, dua biji dadu, 119 tiken dan kerusi sandar serta kerusi plastik.

Kesemua individu yang ditangkap berusia 41 hingga 66 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

A. Asmadi berkata, mereka juga telah dikenakan kompaun RM10,000 bagi setiap individu manakala pemilik premis yang turut ditangkap dikenakan kompaun RM25,000.

Kesemua mereka ini menetap di Ipoh dan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga laporan pakar judi diperolehi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) ARJT 1953 iaitu berjudi dalam premis dan boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas