Connect with us

Oh! Media

Remaja Hilang Ditemui, Teman Lelaki Ditahan Dakwaan Merogol

Trending

Remaja Hilang Ditemui, Teman Lelaki Ditahan Dakwaan Merogol

Remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu akhirnya telah ditemui pihak polis. Memetik laporan Harian Metro, gadis berkenaan dikesan berada di rumah teman lelakinya di Padang Jawa, Shah Alam.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, selepas menerima laporan daripada bapa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melancarkan operasi mengesan di sekitar Shah Alam.

IPD Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis terbabit dan kira-kira jam 4 pagi tadi, kita berjaya menemui remaja berumur 15 tahun itu di sebuah kondominium di Padang Jawa.

Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu.

Tambahnya lagi, teman lelaki yang berusia 19 tahun telah ditahan untuk direman di lokasi yang sama. Siasatan lanjut akan dijalankan dan suspek disiasat di atas kesalahan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya, bapa kepada remaja berkenaan juga telah membuat laporan bahawa anaknya dirogol.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan hilang ketika keluar bermain luncur di taman berdekatan rumah 31 Mei lalu.

Ketika adik mahu memanggilnya pulang, hanya sarung tangan serta topi keledar ditemui di lokasi kejadian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas