Connect with us

Oh! Media

Petugas Kesihatan Tersilap Suntik Vaksin Moderna Ke Atas Remaja 16 Tahun

Trending

Petugas Kesihatan Tersilap Suntik Vaksin Moderna Ke Atas Remaja 16 Tahun

Seorang remaja di Singapura disuntik vaksin moderna oleh petugas kesihatan meskipun vaksin itu sebelum ini diluluskan untuk kegunaan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

ADVERTISEMENT

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pakar Covid-19 Singapura berkata, tiada timbul isu keselamatan, pihaknya sudah meneliti insiden berkenaan dan pasukan perubatan telah memberi khidmat nasihat kepada remaja berkenaan.

Menurut data yang diperolehi jawatankuasa mereka, lebih 3,700 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah disuntik vaksin moderna dan tiada sebarang isu keselamatan yang timbul.

“Sebahagian besar kesan suntikan ringan atau sederhana, dan kesan biasa seperti sakit di tempat suntikan dan sakit kepala, otot, keletihan serta menggigil,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama dikeluarkan awal hari ini, Kementerian Kesihatan dan Pendidikan berkata, remaja berkenaan diberikan dos pertama vaksin Moderna di Pusat Vaksinasi Kelab Komuniti Kolam Ayer, pada Khamis.

“Kesilapan itu disedari ketika petugas pusat vaksinasi mengenal pasti remaja itu berusia di bawah 18 tahun ketika berada di pusat pemerhatian pasca vaksinasi.

“Sebagai langkah pencegahan tambahan, remaja itu diletakkan di bawah pemerhatian selama lebih 50 minit, dan berada dalam keadaan baik,” kata kementerian.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak mereka, insiden ini berlaku ekoran remaja berkenaan tersalah mengisi maklumat ketika membuat proses janji temu vaksinasi.

Ini menyebabkan maklumat usia remaja itu didaftarkan sebagai 18 tahun ke atas. Petugas pusat vaksinasi kemudian gagal mengesahkan usianya yang sebenar ketika pendaftaran,” kata kementerian.

Kenyataan itu menyatakan keselamatan penerima vaksin menjadi keutamaan dan kedua-dua kementerian memandang serius kejadian ini.

“Kami mohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang ditimbulkan, dan telah menghubungi ibu bapa remaja berkenaan untuk memberikan penjelasan,” kata kementerian.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak Kementerian Kesihatan akan membuat semakan menyeluruh proses di pusat vaksinasi.

“Ini termasuk memantapkan proses pendaftaran dalam talian kami untuk memastikan individu membuat janji temu di pusat vaksinasi sesuai berdasarkan kelayakan mereka, dan juga menyediakan protokol lebih ketat di laman vaksinasi kami untuk mengesahkan kelayakan,” kata kenyataan itu.

Kredit : BeritaHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas