Connect with us

Oh! Media

“Nikmat Apa Kita Nak Dustakan”, Hasil Sabar Dengan ‘Bad Review’, Kieda Akhirnya Dapat Hadiah Paling Besar

Kieda Crepe

Oh! Tidak

“Nikmat Apa Kita Nak Dustakan”, Hasil Sabar Dengan ‘Bad Review’, Kieda Akhirnya Dapat Hadiah Paling Besar

Sebelum ini tular satu video ‘bad review‘ makanan kedai pencuci mulut viral, Kieda Crepe dibuat seorang lelaki bersama beberapa orang rakannya yang lain di TikTok. Walau bagaimanapun, kesemua mereka telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka.

ADVERTISEMENT

BACA : (Video) “Tak Ada Niat Nak Jatuhkan Bisnes Kieda”, Teruk Dikecam Selepas Buat Review, Lelaki Tampil Mohon Maaf

Terbaru! Pengasas produk kosmetik Anas Zahrin menghadiahkan tiket penerbangan ke Makkah buat Kieda dan suaminya. Alhamdulillah, betul rezeki tu..

Menurut laporan mstar, Kieda sungguh terharu sehingga tak terkata selepas mendapat tawaran itu.

Nikmat apa lagi kita nak dustakan bila bersabar? Ya Allah, dari semalam asyik nangis. Sebak taktahu nak cakap macam mana.

Kieda juga mengucapkan terima kasih kepada Anas dan tersentuh dengan sikap pemurahnya walaupun tidak mengenali pengasas kosmetik itu secara peribadi.

Birthday Kieda 1 Disember, pergi umrah 2 Disember.

Anas juga ada menjelaskan bahawa dia memberikan hadiah itu atas kebaikan Kieda yang banyak bantu peniaga kecil lain untuk letak produk di kedainya. Memang terbaik!

Bukan senang nak pergi ke sana, hanya orang terpilih saja. Semoga urusan Kieda dan suami dipermudahkan ya.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas