Connect with us

Oh! Media

(Video) “Tak Ada Niat Nak Jatuhkan Bisnes Kieda”, Teruk Dikecam Selepas Buat Review, Lelaki Tampil Mohon Maaf

Trending

(Video) “Tak Ada Niat Nak Jatuhkan Bisnes Kieda”, Teruk Dikecam Selepas Buat Review, Lelaki Tampil Mohon Maaf

Tular beberapa hari lepas mengenai video review makanan dibuat seorang lelaki bersama beberapa orang rakannya yang lain di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: “Perlu Ke Cakap Macam Tu?”, Buat Review Makanan Dengan Gaya Menghina, Lelaki Teruk Dikecam Netizen

Video tersebut walau bagaimapun menerima kecaman warganet kerana lelaki tersebut menunjukkan reaksi seakan-akan jelek setiap kali dia mencuba setiap satu daripada pencuci mulut yang dibelinya.

@twinschekeika #copy #mampus #viralvideo #sukakecamtapitakcermindiri #kecam #takbaikfitnah #adoi #kiedacrepe #crepemania ♬ bunyi asal – TWINS👶👶ChekEika

Tampil mohon maaf

Setelah teruk dikecam netizen yang berang kerana dia yang dilihat seperti menghina makanan dan rezeki, lelaki yang dikenali sebagai Faiz ini tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya sewaktu membuat review makanan tersebut.

@abg_f4iz

Kami minta maaf bnyak2 🙏🏻

♬ original sound – eFF aRR by FAIZ ROSLAN

Menerusi video tersebut, Faiz dan rakan-rakannya mengakui kesilapan mereka ketika live tersebut dan memaklumkan bahawa dia sudah memberikan hantaran mesej kepada Kieda Crepe untuk membuat permohonan maaf tapi tak dijawab.

Saya nak minta maaf secara terbuka dan saya dah send Whatsapp kepada Kieda, saya nak cuba call dia tak boleh. Jadi saya dah Whatsapp dia secara peribadi untuk membuat permohonan maaf berkenaan video saya dan kawan-kawan mengenai video review kami yang agak melampau.

Faiz juga membuat permohonan maaf terhadap kesemua vendor yang terlibat.

Hanya gurauan?

Namun begitu, kenyataan maaf yang dikeluarkan salah seorang rakannya menjadi bualan kerana mendakwa bahawa review tersebut hanyalah gurauan yang dibuat mereka bersama.

Kepada Kieda dan beberapa vendor yang lain, saya betul-betul minta maaf. Saya tiada niat langsung nak cakap makanan tu rasa tak elok.

Itu hanyalah gurauan sahaja, gurauan dengan kawan-kawan. Lagi sekali saya minta maaf.

Dalam video itu juga, Faiz mendedahkan bahawa review yang dibuatnya itu tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan Kieda Crepe serta memaklumkan bahawa dia sudah lama ingin mencuba apa yang dijual Kieda selepas sekian lama menjadi followers mereka di TikTok.

Jangan sampai menghina makanan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan dibuat Faiz dan kawan-kawannya namun menasihati untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Lain kali, beradablah di hadapan makanan. Makanan tu kan rezeki? Tak gitu?

Kredit: TikTok twinschekeika | TikTok abg_f4iz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas