Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Wanita Berlakon Hamil Untuk Seludup Makanan Dalam Pawagam

pawagam

Trending

Netizen Kecam Wanita Berlakon Hamil Untuk Seludup Makanan Dalam Pawagam

Apa kes ni? Dah lama rasanya kami tak kongsikan perkara pelik-pelik yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Terbaru, seorang wanita Indonesia didapati berpura-pura hamil ketika memasuki pawagam semata-mata ingin menyeludup makanan luar.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Suara.com, kejadian itu dikongsi melalui akaun Instagaram @tiktokteutik di mana wanita terbabit memakai kain berwarna hitam longgar yang nampak seperti ibu mengandung.

Wanita itu turut dilihat memegang perutnya yang besar dan akhirnya berjaya masuk ke pawagam tanpa dikesan penjaga panggung.

Pada akhir video, wanita itu dilihat mengeluarkan satu beg plastik besar dari bawah bajunya yang berisi makanan ringan. Supe Ring ke tu?

Perbuatan itu sangat tidak sopan dan lebih parah apabila pelaku sanggup merakam serta berkongsi perbuatan salah dia. Macam bangga pula buat benda tak baik. Semoga apa yang berlaku ini tidak terjadi di Indonesia dan Malaysia.

Kredit: Instagram Tiktokteutik

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas