Connect with us

Oh! Media

Nasib Nenek Yang Tinggal Di Bangsal Binaan Sendiri Gunakan Kayu Terbuang

Oh! Tidak

Nasib Nenek Yang Tinggal Di Bangsal Binaan Sendiri Gunakan Kayu Terbuang

Seorang warga emas hanya tinggal di sebuah bangsal kecil sejak 12 tahun lalu di Tumpat, Kelantan. Sayu hati melihat keadaan rumah yang diduduki Rabiah Jusoh yang berusia 70 tahun ini. Ruang kecil itulah tempat untuk dirinya tidur, memasak dan solat gais, Allahu.

Menerusi laporan Harian Metro, dinding dan lantai bangsal tersebut sudah reput manakala bumbungnya pula selalu diterbangkan angin ribut. Rabiah juga ada mengatakan yang dia mempunyai tiga orang anak yang sering mengajaknya duduk sekali, tetapi semuanya sudahpun berumah tangga dan hanya kerja kampung saja.

Salah seorang daripada anaknya pula terlantar sakit strok, dia tidak mahu untuk menyusahkan anak-anaknya itu sebab mereka juga sedang susah dan ingin menanggung keluarga mereka.

Rabiah dikatakan hanya mengambil upah mengopek ikan bilik, dapatlah RM10 untuk satu plastik besar seberat 10kg. Apa yang menyedihkan, bangsal yang didudukinya itu tidak mempunyai tandas. Sekiranya ingin membuang air ataupun mandi, terpaksalah dirinya pergi ke sungai. 

Rumah ini saya bina bersendirian sejak 12 tahun lalu secara sedikit demi sedikit bergantung kepada bahan binaan (kayu terbuang) yang dijumpai.

Katanya kepada Harian Metro


Walaubagaimanapun, Che Norhayati Mohamed iaitu selaku Wakil Persatuan mengatakan yang pihaknya telah membuat hebahan mengenai keadaan tersebut dan telah berhasrat untuk bantu membina rumah baru buat Rabiah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca sayu melihat keadaan rumah nenek Rabiah di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top