Connect with us

Oh! Media

“Macam Dapat Diduga”, Netizen Sayu Baca Komen Mangsa Nahas Helikopter

nahas helikopter

Trending

“Macam Dapat Diduga”, Netizen Sayu Baca Komen Mangsa Nahas Helikopter

Gempar semalam tentang nahas dua helikopter kecil yang bertembung dan salah satunya terhempas di Taman Melawati, Selangor. Tragedi tersebut telah meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Mohamed Rawi.

Menurut laporan, dua helikopter tersebut bertembung ketika melakukan ujian penerbangan. Lagi satu helikopter sempat buat pendaratan kecemasan di kawasan sekolah.

BACA : “Bawak molek heli tu” – Arwah Mohd Irfan Sempat Balas Pesanan Bapa

IKLAN

Selain daripada pesanan dari ayah salah seorang mangsa yang maut, Allahyarham Irfan Rawi yang telah menyentuh hati netizen, viral juga semalam beberapa screenshot komen dari Facebook milik Allahyarham sebelum meninggal dunia dalam kejadian.

photo6145374533402602171
photo6145374533402602170

Dalam commentnya, dia bergurau jangan pula helikopternya bertembung dengan dron milik rakannya. Allahyarham juga sempat titipkan pesan pada rakannya supaya perbanyakkan solat dhuha dan tahajjud supaya dimurahkan rezeki.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan salam takziah mereka di ruangan komen. Tak kurang juga yang menyatakan Allahyarham seakan-akan ‘dah tahu’ yang dia akan pergi.

photo6145374533402602186
photo6145374533402602185
photo6145374533402602184

Jadi, hargailah orang dekat keliling kita sebab kita tak tahu bila kita akan pergi. Selagi ada peluang, raikanlah masa korang dengan insan tersayang. Semoga kedua-dua mangsa nahas ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Ohmedia juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan takziah pada keluarga mangsa. Al-Fatihah.

Kredit: Facebook Sukan Star TV

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas