Connect with us

Oh! Media

“Awak Patutnya Bukan Hubungi Ejen” – Isa Isarb Akhirnya Perjelas Difitnah Isu Tipu Beli Rumah RM9.7 Juta

Isa Isarb rumah

Trending

“Awak Patutnya Bukan Hubungi Ejen” – Isa Isarb Akhirnya Perjelas Difitnah Isu Tipu Beli Rumah RM9.7 Juta

Isa Isarb

Sebelum ini ada seorang individu mendedahkan YouTuber, Isa Isarb sebenarnya tidak beli pun rumah RM9.7 juta seperti yang diwar-warkannya tapi sebaliknya hanya sewa sahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Respon Isa Isarb Apabila Didakwa Menipu, Kononnya Bangga Beli Rumah RM9.7 Juta Tapi Sebenarnya Sewa Jer

Walau bagaimanapun, Isa tampil mempertahankan diri dan menegaskan yang dakwaan itu adalah fitnah menerusi satu video yang dimuat naiknya di Instagram.

Kalau kita beli satu rumah, lepas itu kita nak masuk awal. Proses banking belum selesai lagi tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita buat adalah kita minta dekat owner lama. Cakap ‘saya nak masuk dulu dan saya bayar sewa dekat awak’.

Awak (Ishaq) patutnya bukan hubungi ejen (hartanah) yang tengah cuba menjual rumah ini. Sekarang cuba awak pergi semak iklan di satu Malaysia. Mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual.

Awak sebenarnya dah memfitnah, you’re very wrong and you’re bad person now. Jadi sekarang ini kesannya awak dah bagi saya nampak jahat. Macam mana awak nak bayar hutang saya?

Isa juga hairan kenapa lelaki yang dipercayai seorang ejen hartanah itu mempertikai dia sewa rumah itu yang memperuntukkan sudah mencecah RM45,000.

Saya pelik sebenarnya.. kalau sewa pun apa masalah dengan awak? Untuk maklumat awak, saya sewa pun RM20,000, maintenance RM10,000 termasuk aircond 40 HP, landskap, kolam renang, kolam ikan dan segalanya. Bil elektrik nak dekat RM15,000. Jadi, di situ saja dah dekat RM45,000.

Apa point awak viralkan saya? Untuk apa sebenarnya? Ini rumah subsale, proses jual beli tengah berjalan. Saya boleh masuk awal tapi kena bayar sewa dekat pemilik lama.

Sekarang in awak dah viralkan saya. Macam mana? Jadi awak dah kacau proses saya (beli rumah). You very disturbing, I hate you.

Apa pandangan korang? Apapun, kita tunggu pula penjelasan dari individu berkenaan mengenai hal ini. 

Kredit: Instagram Isa Isarb

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas