Connect with us

Oh! Media

Minyak Punca Sebenar Krisis Venezuela Dengan Amerika Syarikat?

Ohmedia venezuela trump maduro

Oh! Tidak

Minyak Punca Sebenar Krisis Venezuela Dengan Amerika Syarikat?

Konflik Venezuela dan AS bukan sekadar demokrasi atau dadah, tapi soal kawalan ke atas minyak.

Kalau korang fikir krisis antara Venezuela dengan Amerika Syarikat (AS) cuma pasal demokrasi atau dadah, mungkin korang tertinggal bab paling penting iaitu minyak. Walaupun Washington sering bawa naratif hak asasi dan politik, bagi kerajaan Venezuela, isu sebenar adalah kedaulatan negara, sumber asli dan kebebasan ekonomi.

Negara Amerika Selatan itu ada rizab minyak terbesar dunia, terutamanya dekat Jalur Orinoco. Bagi mereka, minyak bukan sekadar komoditi tapi nadi kemerdekaan ekonomi dan politik. Sejak era mendiang Hugo Chavez hingga ke Presiden sekarang Nicolas Maduro, kerajaan Venezuela memang ketat kawal sektor minyak melalui syarikat nasional PDVSA dan sekat pengaruh syarikat asing.

Amerika anggap Venezuela ancaman strategik

Bila Venezuela mula hadkan penglibatan syarikat Barat, AS pula rasa kedudukan mereka terancam. Langkah Venezuela itu yang kononnya untuk betulkan eksploitasi zaman dahulu, dilihat Washington sebagai gangguan kepada kepentingan mereka di rantau itu.

IKLAN

Langkah ini dipromosikan sebagai usaha membetulkan eksploitasi masa lalu tapi bagi AS, ia dilihat mengancam kepentingan strategik mereka.- Katanya.

Sejak 2013, AS mula kenakan sekatan ekonomi bertubi tubi termasuk sekatan ke atas eksport minyak pada tahun 2017. Walaupun AS dakwa tindakan ini nak desak perubahan politik, Caracas nampak ia lebih kepada cubaan lumpuhkan ekonomi mereka dan rebut sumber minyak negara.

Venezuela berpakat dengan musuh Amerika

Walaupun rakyat hadap inflasi tinggi dan barang keperluan makin kurang, Venezuela tetap kuatkan eksport minyak kali ini ke negara lain macam China, Rusia, India dan Turkiye. Dengan cara ni, mereka jadi kurang bergantung kepada AS.

Tekanan dari Barat buat Venezuela cari backup dari negara lain. Mereka perkuat hubungan dengan Rusia, China dan Iran bukan sebab nak cari gaduh tapi nak dapatkan teknologi, dana dan perlindungan.

Bagi AS, sebuah negara sosialis kaya minyak yang rapat dengan musuh strategik di hemisfera Barat adalah ancaman keselamatan.- Katanya.

Dakwaan jenayah hanya jadi alasan baru rampas minyak

Tahun 2020, AS tuduh Maduro terlibat dalam kegiatan dadah dan keganasan. Tapi kerajaan Venezuela anggap semua ni drama politik. AS guna naratif jenayah untuk kaitkan kerajaan Maduro dengan pakatan jahat dan guna itu sebagai sebab untuk sekat dan rampas minyak Venezuela.

Apabila Donald Trump kembali ke White House, bukan sekadar sekatan tapi tindakan ketenteraan dan operasi rahsia pun dilancarkan. Serangan terbaru Sabtu lepas dan dakwaan kononnya Maduro dah ditangkap semuanya seolah sahkan satu benda iaitu minyak tetap jadi rebutan utama.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat percaya dengan naratif sebelah pihak je. Kadang kadang, apa yang ditunjuk tu bukan isu sebenar. Minyak boleh ubah segalanya bila jadi rebutan kuasa besar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas