Connect with us

Oh! Media

Trump Dan Jadah Haram Netanyahu Dilapor Bergaduh Besar

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Trump Dan Jadah Haram Netanyahu Dilapor Bergaduh Besar

Hubungan Trump dan Netanyahu dilapor semakin tegang selepas isu serangan Beirut dan perang Asia Barat.

Hubungan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Pendatang haram jadah Israel, Benjamin Netanyahu kini dilihat semakin panas apabila muncul laporan mendakwa Trump memarahi pemimpin Israel itu dalam satu panggilan telefon.

Menurut laporan Axios dan ABC News, Trump dikatakan naik angin selepas Israel mengancam mahu mengebom Beirut, Lubnan.

Situasi ini dikatakan boleh menjejaskan rundingan damai Amerika Syarikat dengan Iran yang sedang cuba dipulihkan.

IKLAN

Trump drama ke tu?! Kata risau perang makin parah

Donald Trump
Kredit Foto Donald Trump

Difahamkan, Trump kini sedang terdesak mencari jalan keluar daripada konflik di Asia Barat yang semakin memberi kesan kepada ekonomi Amerika Syarikat. Lagi-lagi bila pilihan raya pertengahan penggal bakal berlangsung dalam tempoh kurang enam bulan lagi.

Bukan itu sahaja, Trump juga sedang ditekan oleh penyokong gerakan MAGA sendiri yang mula mempertikaikan sokongannya terhadap Israel dalam konflik melibatkan Iran dan Lubnan.

Kamu (Netanyahu) memang benar-benar gila. Kamu sudah lama meringkuk dalam penjara jika bukan kerana saya.

Saya yang menyelamatkan kedudukan kamu. Sekarang semua orang benci kamu. Semua orang benci Israel disebabkan perkara ini.- Katanya.

Haram jadah Netanyahu turut berdepan tekanan dalam negara

Ohmedia netanyahu

Dalam masa sama, Netanyahu turut berdepan tekanan besar apabila dikritik hebat di Israel kerana didakwa terlalu tunduk kepada tekanan Trump sehingga membatalkan pelan serangan terhadap Beirut.

Malah, kerajaan gabungan sayap kanan yang dipimpinnya juga dikatakan semakin goyah susulan perang berterusan di Gaza, Lubnan dan Iran selain kes rasuah yang masih menghantuinya.

Menurut beberapa penganalisis politik, konflik antara Trump dan Netanyahu sebenarnya bukan perkara baharu kerana kedua-dua pemimpin itu memang mempunyai sejarah hubungan yang rumit sejak dulu lagi.

Bekas sekutu Trump seperti Tucker Carlson dan Marjorie Taylor Greene juga kini mula mengkritik tindakan Trump yang didakwa membiarkan Israel mengheret Amerika Syarikat ke dalam perang baharu di Asia Barat. Situasi itu dilihat bercanggah dengan slogan “America First” yang menjadi pegangan utama penyokong MAGA.

Pssttt! Baguslah kalau dua manusia bertopengkan syaitan ni bergaduh. Marilah kita teruskan doa Qunut Nazilah dan semoga Allah hancurkan mereka.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas