Connect with us

Oh! Media

Mengepam Udara Ke Dalam Badan Melalui Dubur, Seorang Lelaki Maut

mengepam udara

Oh! Tidak

Mengepam Udara Ke Dalam Badan Melalui Dubur, Seorang Lelaki Maut

Kejadian di sebuah kilang di Hooghly Benggala Barat, India, seorang pekerja telah mengepam udara ke dalam badan rakannya melalui dubur.

ADVERTISEMENT

BACA: Terlanggar Bucu Belakang Lori, Dua Beradik Maut

Menerusi laporan Harian Metro, Rehmat Ali, mangsa kejadian telah meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di sebuah hopital akibat dari komplikasi kesihatan.

Masukkan paip ke dalam dubur

mengepam udara

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 16 November lalu di sebuah kilang jut iaitu sejenis pokok yang seratnya boleh dibuat guni. Pada waktu itu, mangsa sedang bekerja pada waktu malam dan rakannya telah menangkap mangsa untuk memasukkan paip ke dalam duburnya lalu mengepam udara ke dalam badannya.

Sewaktu kejadian, Rehmat dikatakan telah melawan rakannya namun suspek tetap terus melakukan perbuatan tersebut. Apabila kesihatan Rehmat mulai merosot, dia telah dibawa ke hospital berhampiran.

Rehmat telah dibawa ke Hospital Chunchura Imambara di Hooghly, namun dia dipindahkan ke hospital swasta apabila tahap kesihatannya semakin merosot.

Doktor telah mengesahkan hati Rehmat rosak sepenuhnya akibat dari tekanan udara dan dia telah meninggal dunia 10 hari selepas dirawat di hospital.

Susulan dari kejadian itu, keluarga mangsa telah membuat aduan di balai polis Bhadreshwar. Rakannya yang melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu bernama Shahzada Khan merupakan pekerja yang bertanggungjawab membersihkan jut di kilang tersebut menggunakan pam udara.

Menurut Harian Metro, keluarga Rehmat telah menuntut pampasan dari kejadian itu dan pihak kilang masih berdiam diri mengenai kejadian tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas