Connect with us

Oh! Media

Terlanggar Bucu Belakang Lori, Dua Beradik Maut

dua beradik

Trending

Terlanggar Bucu Belakang Lori, Dua Beradik Maut

Kejadian di Jalan Kampung Peladan-Cheting, Hulu Terengganu, dua beradik berumur 18 dan 16 tahun meninggal dunia apabila motosikal Honda Beat mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori yang bawa muatan kelapa sawit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Dipercayai Mabuk Rempuh Semua Staf Restoran, Seorang Maut Yang Lain Cedera Parah

Menurut laporan Kosmo, kejadian itu berlaku pada jam 2.25 petang semalam dan Muhammad Haiqal Abdullah, 18, telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala, manakala Muhammad Izman Hamidi, 16, meninggal dunia kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

Dua beradik terbaring berlumuran darah

dua beradik
Keadaan motosikal Honda Beat mangsa (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kemalangan berlaku, pemandu lori yang berumur 32 tahun itu telah berhenti di tepi jalan untuk makan tengah hari di sebuah gerai.

Sebaik selesai makan tengah hari, lelaki itu menghidupkan enjin lorinya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pelandan di sini.

Sewaktu lori itu mengundur, motosikal Honda Beat dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan telah terlanggar bucu belakang kenderaan berat itu.

Semasa pemandu lori itu tersedar lorinya dilanggar, dia terus turun dan melihat kedua-dua beradik itu telah terbaring berlumuran darah di atas jalan.

Mayat dua beradik itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Semoga keluarga dua beradik ini diberi ketabahan atas kematian yang mengejut ini. Pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi mereka yang menaiki motosikal.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas