Connect with us

Oh! Media

Mak Selamba Keluar ‘Gathering’ Tinggal Mayat Anak Di Rumah, Terbongkar Bila Nenek Hidu Bau Busuk

Trending

Mak Selamba Keluar ‘Gathering’ Tinggal Mayat Anak Di Rumah, Terbongkar Bila Nenek Hidu Bau Busuk

Penduduk di Siwalankerto Gaung Anggur, Wonocolo Surabaya Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia lima bulan. Mayat bayi malang yang telah membusuk itu ditemui oleh neneknya sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Hidu Bau Busuk, Mayat Lelaki Ditemui Terapung Diserkup Guni

Memetik laporan portal Suara, bayi itu dipercayai telah ditinggalkan oleh ibu bapanya seorang diri sebelum menghadiri perjumpaan (gathering) di daerah Istimewa Yogyakarta.

Foto: Tribun News

Berdasarkan kronologi kes, nenek mangsa membuat laporan kepada penduduk kampung selepas tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari dalam rumah.

Hasil pemeriksaan di sebuah bilik, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki yang merupakan cucu pengadu sendiri.

Ibu kepada bayi itu kini menjadi suspek utama kes selepas dia dituduh mendera sehingga maut. Ini berikutan terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan mangsa iaitu di kepala, belakang badan hingga ke punggung.

Pihak polis turut percaya suspek melakukan perbuatan itu berkali-kali sebelum anaknya akhirnya maut.

Hasil bedah siasat mendapati bayi telah meninggal dunia lima hari sebelum ditemukan neneknya pada 25 Jun lalu.

Sebelum pergi ke Yogyakarta untuk perjumpaan bersama rakan-rakan, suspek sempat berpesan kepada ibu supaya tidak menghubungi sesiapa.

Kredit: Suara | Tribun News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas