Connect with us

Oh! Media

Hidu Bau Busuk, Mayat Lelaki Ditemui Terapung Diserkup Guni

mayat

Trending

Hidu Bau Busuk, Mayat Lelaki Ditemui Terapung Diserkup Guni

Kejadian di Sungai Semeling, Kampung Sungai Batu Besi, Kedah, mayat lelaki ditemui terapung dalam keadaan tangan dan kaki diikat, manakala kepala sehingga pinggang diserkup guni.

ADVERTISEMENT

BACA: 21 Tahun Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah, Suami Akur Berpisah Jua

Menerusi laporan Harian Metro, dua lelaki yang sedang memukat ikan di kawasan tersebut telah menemui mayat itu kerana terhidu bau busuk pada jam 9.30 pagi.

Mangsa dibunuh dan meninggal dunia

mayat lelaki

Dua lelaki itu terkejut melihat mayat yang berada di sebelah bot, dalam keadaan terapung dan terlentang dihanyutkan arus sungai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk G Suresh Kumar memberitahu kulit mayat sudah menggelupas dan dipercayai dibunuh serta meninggal sejak 4 hari lalu.

Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasukkan dalam guni dan dicampak ke dalam sungai ini.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sebarang kesan kecederaan masih belum ditemui, mungkin kerana keadaan kulit yang menggelupas akibat terkena air dalam jangka masa yang lama.

Mayat lelaki yang ditemukan itu hanya berbaju T merah, tidak berseluar dan memiliki cincin perak di jari telunjuk dan jari manis di tangan kiri.

Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan atau hubungi pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas